Tuesday, February 22, 2011

Jom Kahwin :: Edisi Baju

As Salam,


Baju adalah elemen yg paling susah dalam sesuatu majlis. Sebab benda ne melekat di badan kita kan, memang nda boleh lari lah dari pandangan org. Lagi sekali rajin2 cari di buku Pengantin utk baju yg kita inginkan. Kalau anda seorang yg kreatif bolehlah reka sendiri. Kalau macam aku ne, silap2 tertangguh majlis gara2 maw reka sendiri.hehehe. 

Kalau pasal baju ne, pendapat aku dia nda boleh sama dgn warna pelamin atau mesti ada maw kontra. Baru timbul. Betul ka?? Aku bukan jugak arif tapi aku banyak buat research. Mati ko, maw kawen pun kena buat research. huahuahuahua. 

So cerita baju aku ne pulak.Fuuhhhh!!! Macam2 cerita. Sepatutnya ikut perancangan awal aku patut melangsungkan majlis kawen ne Dec 2010. Tp oleh kerana kedua orang tua ku, mendapat lambaian Ka'abah (naik haji), so majlis dipercepatkan pada Sept 2010. Sebab niat bapa aku maw tengok aku sah jadi isteri orang sebelum dorang berangkat. Time aku kena bagitau tu, masa ada tinggal nda sampai 5 minggu lagi. Aku pun kelam kabut lah balik KK. Bincang punya bincang  dgn C Fendi, dia bagitau orang yg buat baju aku tu nda dapat buat . Aku paham jugak sebab kelam kabut and so on. So bergegas lah aku cari kedai yg maw buat. Luckily, ada!!! 

Aku start dgn baju tunang aku (astaga, baru maw start.hehehe), baju tunang ne C Fendi jugak yg urus. FYI, aku teda pun ukur2 baju ne, aku just bagitau ukuran2 badan jak sama dia. Hebat kan?? Thats why, semua majlis aku dia yg urus. Mcm tipu kah?? Kalau nda pecaya, pegilah tanya dia. hehehehe



Can u see the manik2. Warna Purple
dan silver tu.
Aku suka jenis kain ne.
errmmm chiffon kali. 
I Love this one!!
Ohya veil was included, tudung sendiri yee
RM 15 jak..hahahaa
 Ok next adalah baju nikah. actually baju nikah aku maw warna grey dan adalah design nya. Tapi since dah kelam kabut aku pun bagitau C Fendi ne aku cari sendiri lah baju tu. Sekali maw 3 minggu lagi kawen aku nda jumpa yg aku maw. Sudah aku round KK and KL. Last2 aku kontek dia, "Fen, baju tunang aku hari tu, ada orang pakai ka sudah?". Bila dia cakap tiada. Aku pun cepat2 cakap, "Buat aku baju nikah la tu, ko pandai2 la maw tambah apa. Aku trust ko". Then part baju nikah aku selesai. Senang kan. Senang betul deal dgn C Fendi ne. hehehe.

Baju yg telah ditransform.
Baju melayu pun include. Samping pun so purple.:)

Nmpak ka ada mcm meleret2?
Itu aku request so kena buat baru.

Close up sikit.
Tambahan manik yg sangat purple itu
buat aku sgt teruja.

Veil pun included ok. Tudung and anak tudung sendiri. Anak tudung telah dicari oleh Miss Baby. Tudung tu aku beli dekat Alamanda. Harga RM 20.hikhikhik.

Part baju utk sanding ne buat aku susa hati sikit lah. Sebab yg buat tu aku nda kenal. Aku just bagi dia contoh  dalam buku. Tp alhamdulillah Kak Dyza ne nda mengecewakan aku. Kedai kakak ne di KK Plaza., tingkat 2. Nama kedai something mcm Kak Dyza Bridal House (aku hentam jak ne.hahahaha). Tp ada Dyza2 la. Dekat kedai ne memang banyak baju lawa2. Untuk sanding aku memang mintak untuk sepasang + veil panjang + tengkolok + samping. Aksesori utk perempuan memang aku nda maw, sebab baju aku da sarat. Aksesori utk lelaki aku teerrrrrrrrrrlupa mintak. Beberapa hari sebelum majlis baru aku teringat, jadi mangsa aku adalah C Fendi, dengan dia senang bha maw deal. So aku mintaklah dia sediakan keris dan rantai2 utk Mr. Ejump.

Ilham baju aku ini ada dlm Majalah Pengantin yg aku nda ingat edisi ke berapa. Memang first time tengok aku jatuh hati laaahhh. Nda maw yg len!!

Aku siap scan lg.
Email dkat kwn2 aku utk cari tailor.
Yg sebelah kiri ok
Tadaaaaa!!
Ini hasilnya.
Veil tu ilham aku sendiri.
Mcm princess kunun panjang2.
Maw muntah ka??
Close up.
Manik2 tu buat aku meleleh2 air liur.
Sulam pada baju lelaki pun aku request utk
purple yg sama manik sma baju aku.

Masa tu aku diberi tempoh 7 hari untuk pegang baju tu, sayang weeiihh baju kasi balik. Hari tu ada singgah kedai Kak Dyza tu, ada baju kami kena display. "Kakak boleh saya ambik baju ne??". Ok itu cuma dlm hati.hehehe. Oyaa,  actually bukan itu tudung aku maw pakai, aku telah tugaskan BFF aku, Miss Baby utk cari di Shah Alam (sebab dia study sana), sekali lain warna daa..hahahaha. So, dia datang pun tengah malam yg besoknya aku maw nikah dan lusanya aku sanding. Jadi aku kasi keluar semua tudung pink and purple yg akuu ada. So orang2 penting aku (BFF aku la) cakap tudung ne paling sesuai. Tudung ne nda pernah pakai lagik, ia adalah hantaran time Majlis Berian aku hari tu. Anak tudung tu telah dibeli oleh Miss Baby and Miss Bonon (satu org lg BFF aku) sehari sebelum aku sanding. Mcm sama kan dgn nikah punya. o0o0o bukan ok.

Itu seja baju sanding aku? A'a, sebab aku nda sabar2 maw abes majlis ne. Maw tukar2 baju mcm nda larat aku. Baju yg ne pun punya lama maw set up. Sedangkan outdoor photoshoot lepas majlis ne pun aku kasi cancel. Cukuplah aku nda cukup tidur lebih 1 minggu. Lagik pun, jimat duit dapat beli another gadget at that time.hikhikhik. Perkahwinan sekali seumur hidup, tapi berpada-pada la.

Sebelah pihak Mr. Ejump, teda majlis resepsi. Majlis makan2 serentak dgn hari aku sanding cuma sebelah pagi. Tp pihak Mr. Ejump ada Majlis Berinai manakala aku teda. Nenek aku kasi inai dlm keadaan sempoi2 jak.hahahah. So tedalah another baju umtuk aku pakai. Selamat aku. hikhikhik. Rasang aku maw pakai make up tebal2 ne. Bulu mata lagik, high heels lagik. Aduuusshhh.

Persiapan kawen aku banyak last minit. Bukan aku jak kelam kabut, parents aku, kawan2 aku, abg2 aku, sepupu2 aku, macik2 aku, kira satu kampung aku kasi kelam kabut. Melayanlah dorang kecerewatan aku ne.hahahaha...

Notes :: Part baju da selesai. Nanti aku pikir apa lagik elemen seterusnya.hehehe

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...