Saturday, February 26, 2011

Dendang Perantau :: Edisi Sweet And Short Escape To KK

As Salam

Hye Kota Kinabalu!!! Entry sebelum ne aku cakap nda maw balik KK kan. Tp hari jumaat tu kursus aku habis awal, so aku pikir ne peluang yg bagus utk balik KK. Apa lagik, cepat2 ambik train terus pegi KL Sentral then tukar train pegi LCCT. Then dapat flight 3.10 pm. Delay2 tepat jam 6 sampai KK. Besssssttt bethol perasaan bila sampai KK ne. Hanya insan2 yg berjauhan dgn org2 tersayang jak paham perasaan ne.hehehehe

Kawan2 aku selalu tanya, apa lah yg aku dapat balik KK hari Jumaat, selalu nya sampai 12 tengah malam lepas tu hari Ahad balik da. Jadi aku pun berpikir apa lah aku buat setiap kali aku balik KK dalam masa sesingkat itu. Sebenarnya kehidupan aku sama jugak macam org lain. Aku tidak pernah meletakkan alasan aku bekerja jauh untuk melupakan tanggungjawab sebagai seorang isteri, anak, menantu dan macam2 lagik (banyak la kunun.hikhikhik)

Semalam, jejak jak kaki di KK, Mr. Ejump terus bawak jogging di Perdana Park. So, after sembahyang Maghrib di airport, pegilah aku ke Perdana Park ne jalankan tugas sebagai peneman setia kepada sang suami. Aku nda jogging pun, makan2 kurupuk sambil main2 dgn Ipad sambil tinguk2 air menari2. Air menari????? Yesss.. it is a new attraction in KK. Mr. Ejump teda bawak camera time tu.Huhhhh, aku akan buat entry pasal Perdana Park ne next week ok. Ada sesuatu yg menarik dan boleh dibanggakan dengan projek Perdana Park ne.

Ok, sambung lah..... lepas tu balik rumah and having a family dinner. Yiiippppiiii!!!! Then hari ne spent time kejap with Mr. Ejump jalan2 di KK. Aku betul2 rindu angin2 KK ne. No matter what, KK tetap di hati aku. Plsszzzz kembalikan aku di sini. Ok itu len entry..hahahaha...Jalan2 membeli kelengkapan bulanan Mr. Ejump dan hadiah2 org kawen. Aku beli apa??? Aku kalau teda terbeli brg pink atau purple kalau berjalan mmg nda sah. So this is what I get!!!! Thomeeelll kaannn.

P.I.N.K okeeeyy
wif the new casing.
Me + Ipad is everywhere.
KK semakin jam!!
Hari sabtu pun jam.
But i still love u. :)
Sebelum aku katik2 buat entry ne aku bungkus hadiah la kunun untuk jemputan2 kawen yg akan kami hadiri dalam bulan Mac ini. So, kami da 3 jemputan. Munirah :: 6hb di Bongawan. Ijal :: 13hb di Wisma Muis dan Nazim :: 18hb di Petagas. Munirah ne kawan aku manakala Ijal n Nazim kwn Mr. Ejump. Wedding Munirah n Nazim InsyaAllah aku pegi. Kawen Ijal, Mr. Ejump akan pegi sorang2. So ne hadiah yg telah dikerjakan dibungkus.

Pink2 jugak
Bakal2 pengantin,
sila pilih hadiah anda.
hehehe

So besok aku akan kembali ke dunia paling bohsan yg pernah aku diami. huhuhuhu. Maybe flight jam 3.45 pm. Kembali bertugas demi negara yg tercinta. Then hari Jumaat depan aku akan kembali ke dunia yg paling indah, KOTA KINABALU.

Aku decide utk bawak balik TX1 ne ke Putrajaya.
So, aku nda dgr la lagik org bising pasal aku nda guna benda ne.
So aku maw jadi blogger yg serius. Camera wajib!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...