Tuesday, April 15, 2014

Adam dan Adik

Assalamualaikum,

Entry ne aku terpikir sangat sangat mahu share. Sebab people around me asyik tanya masa pregnant Adam macam mana, yang adik macam mana. Aku ne dengan kerja jarak agak jauh, ada toddler yang tengah melasak, memang aku nda banyak pikir pasal pregnancy ne. Tapi bukan lah aku mengabaikan, nda jaga apa yang patut tapi maksudnya aku nda la serisau 24 jam macam Adam dulu. Jadi ibu bermaksud anda akan sabar anda akan tawakal. Macam masa doctor bagitahu, baby kecil dari hari conception tiada heart beat lagi.  So 1 bulan lagi baru jumpa doctor lagi. Alhamdulillah lepas tu semuanya normal.

So sini aku mahu cerita perbezaan sekarang ne

Muntah/Mual/Morning Sickness

Masa Adam boleh tahan tahap kemuntahan sampai aku banned beberapa makanan sebab aku keep on ingat macam mana rupa dia sekali terkeluar. hehehe. Dari 2 bulan sampai 4 bulan gitu la. Hampir setiap hari uwekk uweekk sebelah petang. Lepas tu adalah kadang-kadang ter uwekk juga kalau salah makan atau heartburn sampai kemuncaknya sudah. Kadang kadang rasa fedup. Nda sanggup.

Masa adik ne pula setakat hari ne 16 minggu belum satu kali pun aku muntah. Mudahan lah berkekalan. Bab ne aku paling syukur. Alhamdulillah, sampai ada orang cakap beranak lah ko tahun tahun. Padahal masa Adam menangis dalam toilet sudah. hehehe Maksudnya aku boleh makan macam macam banyak banyak tanpa muntah. Tapi sayangnya selera kurang

Heartburn/Pedih Ulu Hati

Masa Adam dulu aku kena heartburn paling teruk. Nda dapat aku tafsirkan lagi. Sampai macam macam petua aku ikut. Lepas makan jangan baring. Kena tunggu sejam atleast. Bayangkan kalau mahu makan jam 12 malam gitu, jam 1 baru aku baring. Semua makanan aku pantang, cili sos, chezzy wedges, etc. Banyak tempat aku pergi untuk dapat ubat. Last sekali aku dapat ubat yang berkesan dari Klinik Kesihatan Putrajaya. Aku makan sampailah kandungan 8 bulan. Tiba tiba stok habis bila aku balik KK dan bila minta di Klinik Putatan, doctor marah makan ne ubat dia cakap nanti baby kuning tinggi and so on. Alhamdulillah Adam langsung nda kuning. Terpaksa aku makan ubat cecair warna putih tu. 1 botol tu 1 minggu jak habis. Please heartburn dont come back again, Tapi yang bestnya, lepas deliver gastrik aku yang teruk dari belum beranak tu pun lupus sepenuhnya. Alhamdulillah.

Masa adik ne, totally tiada heartburn. Tiada!!! Alhamdulilah. Dulu aku pikir, aku nda takut untuk mengandung lagi tapi aku takut heartburn datang lg. Tapi kali ne ok, makan lada kah asam kah go jak. Tapi ada masalah kulit ka tu nanti ar. Adui dik bagus bagus adik k.

Pening/Pusing-Pusing Kepala

Masa Adam ada juga sekali sekali pening pening ne, tapi jarang lah juga. Tapi masa adik ne aduiiiii, nda -boleh silap sikit terus pening yang sampai bengkak bengkak kepala. 2-3 hari lagi tu. Kalau boleh mahu jak berkurung dalam bilik yg tiada bau yang sejuk sejuk ja. hehehe. Tapi okeylah, masih ada boleh di suruh urut. Dan minyak paling mujarab, dari Tanamera. Aduii lega saraf saraf tunjang segala. hehehe

Alergik

Aku ne memang jenis beralergik. Ada jak biji biji gatal selalu tumbuh di tangan. Tapi masa pregnant Adam langsung tiada, bersih jak kulit. Jarang jarang dalam hidup rasa begitu. Nah sekali adik ne, keluar balik semua. Adui tabah jak lah mama sayang. Biasa sudah juga, mama harap lah adik tiada masalah kulit nanti. Salindah pun mama lambat start ne, baru mahu makan. Lambat order Sorry dik.

Berat 

Teng teng tenggggg. Berat ne masa Adam memang lah jangan cakap 3 bulan sudah 60kg ++. Kuat makan kuat kasi keluar balik. Masa adik pula, tiada muntah nda kuat makan Sebulan sebelum pregnant berat aku 51.7kg totally underweight. Berat ideal aku dalam 55-56kg. Masa 15 weeks boleh lah berat 55 kg. Tapi masa 12 weeks tu dalam 54 kg. Dr. Sutha pun hairan, dia cakap u breastfeed a lot kan. hehehe. Perut pun macam kecil, tapi once again Ijam cakap jangan lah risau sangat as long as berat adik ngam macma doctor cakap. Betul juga.

Okeylah itu jak mahu cerita, ada masa ada mood saya cerita lagi. Maybe lepas balik dari cuti cuti hujung bulan ne atau lepas dari next review awal May nanti. Should be sudah tahu apa gender. Kalau boy mama mahu setting supaya dapat banyak baju sama dengan Adam. kihkihkih. Kalau girl kena cari banyak info pasal boy. Barang/gadjet baby macam tiada mahu beli. Aku mau beli playpen sebab baby cot akan jadi tempat tidur adik.Yang lain tinggal kasi turun dari atas almari. Adam selalu tunjuk baby walker dia, jadi mama cakap, nanti kita kasi turun k untuk adik. Kadang kadang mama buka buka juga kotak baju lama Adam. Baju baju baby adam semua macam baru, sebab mama gila beli baju jadi yang lama terus simpan. Booties and mitten jangan cakap terlampau banyak. Tapi mama mahu beli juga lah sikit. Sian adik. Adik okey mama jak over haahaha. Oya sama kannnnn aku ada hajat mahu beli stroller yang macam twins to yang depan belakang macam Nana AF tu pakai. Sebab adam kan budak stroller masih. Aduiii mudahan ada rezeki lebih. Kami ada 2 stroller quinny plus maxi cosi. Nda mahu jual. eee nanti lah. hehehe


Read more...

Tuesday, April 1, 2014

Adam Mukhlis & Muhammad Aaron Rayqal At Aunt Reza's Wedding

As Salam

Sabtu lepas aku dan bff aku Noreen pergi kahwin kawan kami dari sekolah lagi ne, di Kawang Papar. Mengangkut anak-anak kecil la kami. Selamat berbahagia kawan ku Reza, aku tunang, kahwin kau antara yang banyak tolong. Kau tunang kahwin aku dapat pergi tengok jak lah. Nda dapat kami tunggu lama masa kau sanding anak-anak meragam sudah. hehehe

Sebenarnya anak aku dan anak Noreen lahir tahun yang sama. Sebenarnya malas mahu update blog tapi oleh kerana banyak gamabr lucu dua anak ini terpaksa aku update juga. kihkihkih. Sampai sekarang nda boring tengok. Anak anak ini lucu, semoga dorang membesar jadi kawan baik. Bila Aaron makin besar pandai main-main sudah mahu banyak outing sama Adam ne, sebab Aaron macam ok bila peluk peluk main main sama Adam. Adam ne lain sikit kalau bermain banyak body touch which is budak lain nda suka. Masa dengan Aaron, Adam serah jak badan badan dia kena kurik kurik cubit cubit pegang pegang oleh Aaron. Dia rasa lucu, dia kesukaan. heheheh. Harap dengan adik nanti begitu lah, jangan gaduh gaduh nanti mama jadi hulk.

Ada masa mau bergamabr dekat dekat, boleh boleh Adam terus ambil puting Aaron, padahal sudah kena clip di baju si Aaron. Aaron tengok ja sambil ketawa. Dipikirnya lucu. Hahahha. Umur Aaron 6 bulan gitu Adam kan setahun 3 bulan. Nda sabar tunggu Aaron besar lagi. Mesti Adam suka. Okeylah jom tengok gambar gambar dorang yang sangat chomel ini. Oya, sebenarnya dari hari tu mahu update blog mahu bagitahu im on my 4th pregnancy (2 kali gugur sebelum ne, sebab bila aku bagitahu aku pregant kali ke-4 orang bingung). Siapa ikut blog aku dari awal akan tahu, aku lama juga menunggu anak. Sekarang rezeki datang every year. Alhamdulillah. Aku di minggu ke 14 sekarang. Mama sayang kamu dua dua infact empat empat. Okeylah enjoy those pictures. :)
Selamat penganti baru Sharizza Sani
nda sangkan kan sibling laki ko ne kawan sepermainan laki aku masa kecil
hehehehe

Kalau tengok Adam macam nda mahu kena peluk
tapi sebenarnya dia tengah merasa kena peluk peluk.
Dia kesukaan. Ketawa dia berdekah dekah

Sikit masa lagi c Aaron pun macam Adam nda pandai diam.
hahahah

Anak anak ku.
Sama kan baju. Kiutttt
Naseb mama mama nda bergambar. Baju kami pun sama,
kaler jak lain. Nda rancang.
Anak memang sengaja kasi sama.
Teaser adik
Baba cakap adik pemalu sebab tunjuk belakang
Apa apa lah adik asal adik sihat sempurna
Mama baba abang adam is waiting for u sayang
(okey airmata mahu jatuh, macam nda percaya keluarga kecil makin
membesar. Alhamdulillah. Syukur pada mu ya Allah)


Read more...

Wednesday, February 12, 2014

Adam Sekarang

As Salam,

Nda tahu mahu cakap macam mana, Adam membesar dengan sangat pantes membuat hati si ibu sayu. hahahaha. Adam sekarang paham apa yang kita cakap, disuruh apa apa pun boleh. Aku bersyukur kepada mu ya Allah. Tapi boleh tahan lah kalau nampak kereta-kereta di kedai menangis minta beli. Di rumah nda tahu berapa banyak sudah mainan nya. Nda apa lah, atleast ada benda bikin dia leka. Ya lah dari mengacau jak kerja dia. hahaha. 

Hari tu masa kami pergi KL tiada aku cerita macam mana gaya Adam. Masa first time travel dia masih 5 bulan lebih lepas tu ada my in laws. Ne kali kami jak. Memang havoc, alhamdulillah we made it. Lucu betul bha. Harap ada rezeki kami lagi anak beranak lain kali. Dengan gaya dia yang sudah pandai berjalan. Dari sana lah kami dapat tahu yang selama ne nda sia sia kami educate dia dengan stroller. Dia pandai naik stroller sendiri, nda payah pakai belt pun dia nda lari. Sekarang kalau berjalan, siap  marah lagi kalau di kasi turun dari stoller. Baba and mama bersyukur dan lega sebab teringat investment stroller ne bukan alang kepalang. Selamat kami. hehehe. So advice aku, kalau  mau pakai stroller pakai lah dari new born. Adam pakai start dari 2 minggu lebih lagi. Sampai lah sekarang. 

Okeylah mari tengok gambar Adam yang terbaru. hehehe

huisehhh gaya2 adam ne kann. Nda tekeluar bha muka
lucunya hahah
ootd :: scarf - h&m
singlet :: qs kids
pants :: qs kids
sneakers :: converse

ne masa breakfast.
dia sendiri masuk dalam box tu
tercenggang kami laki bini
hahahha

so damn swettttt

actually baju tu tulis
LOCK UP YOUR DAUGHTER
hahahahah


Read more...

Wednesday, February 5, 2014

Lama Menyepi

As Salam,

Lama nda update kan sini. Sebab tiada cerita yang best. Tapi InsyaAllah nanti ada cerita yang mahu diceritakan. Tapi kena tunggu. Kena tunggu kencang-kencang. hehe. Btw Adam masuk masuk 13 bulan sudah. Sudah lincah berjalan mahupun berlari. Nda dapat digambarkan kelincahan dan kelucuan dia. Masih breastfeeding tapi baba boleh handle sudah. Boleh kasi tidur, boleh bawak ambil aku dari kerja. 
Okeylah itu jak. hehehe. Till next entry. Sooonnn. very soonnn. Jangan terkejut k. hehehe
ne kira dia baru2 pandai berjalan ne.
Excited dapat jalan tempat luas
tempat kahwin kawan

ne masa kasi pergi KL bulan Jan hari tu
ne dlm erl & kapal
nampak gaya nakal nya tu

ne masa birthday nya
kami buat kensuri sekali dengan aqiqahnya
kek tu hadiah dr https://www.facebook.com/qieyrah.chiqakoo
order la kek,mini pretzel, mcam2 di sini

ne masa kami pergi homestay cousin di Mesilau
bestt!!!
Adam enjoy gilerrr hehehe

tengok gaya adam tu
so kiut pandai berjalan sudah heheh
untuk bboking https://www.facebook.com/salmanshomestay

ne masa pergi green connection

arr ne masa tumpang rumah nenek Biah,
lucu la adam ne

Read more...

Wednesday, October 23, 2013

Pengalaman Baru Adam

As Salam 

Hari tu kami bawak lah Adam naik trolley kereta yang di Giant slelau tu. Aduiii sampai malam mama masih teringat ingat gaya adam. Adam mama, kamu sangat istimewa di hati kami. Kelincahan dan kenakalan kamu pengubat penah lelah kerja mama dan baba. Jadi anak yang soleh dan taat pada agama ya sayang. 



video


Read more...

Monday, October 21, 2013

Anugerah Model Ibu Penyusuan Susu Ibu Eksklusif

As  Salam,

Eh hyeee, its been a long time since my last entry. Orang putih la pulak. Okeylah aku sangat busy di sini arrrrr. Aku start kerja jam 7.30 pagi, sebelum tu aku sudah start bekerja, aku rasa mahu sebulan sudah aku skip masa makan tengahari. Aku sambil sambil ja makan. 4.30 Ijam ambil, tinggal menangis ja sebab terlampau penat. huhuhuhu. Tapi tu la bha macam ijam cakap, dulu Allah uji kita berjuah, sekarang Allah uji kita dengan kerja. Atleast kita sudah sama sama kan, balik rumah tengok Adam panjat sana panjat sini, Its happiness kan. hahahahaha betul juga. 

okey lah, aku lama suda tidak share pasal breastfeeding, sebab cabaran kurang sebab aku sudah tinggal dekat tiada lah angkut angkut ebm naik kapal terbang. Adam sudah makan, infact makan apa sahaja. Pearl milky tea yoyo pun dia hantam. Hari tu (tiba tiba cerita lain), aku kena suruh isi borang apa pengalaman aku pasal breastfeeding ne, aku pun tulis la pasal macam mana aku sediakan ebm walaupun berjauhan dengan Adam dulu. Sekali tup tup hari Jumaat lepas aku kena called, aku dapat anugerah model penyusuan susu ibu secara eksklusif, so kena datang besok nya di Beringgis Resort and bagi speech sikit la kunun. Kabak kabak jantung mama, apa aku buat aku share seja lah apa aku buat selama ini. 

Macam lucu, tapi baru aku sedar kami ne unik kan. Nda apa lah, nanti besar ada juga mau cerita sama Adam. hahaha. Masa naik stage aku bawak lah Adam sekali, dia diam diam ja, terbersin lagi. hahahaha Alhamdulillah, which is Ijam sangat takut Adam tidak dapat dikawal seperti kebiasaannya. hahahaa

Okeylah, aku nda minta pun apa aku buat untuk mana mana pihak acknowledge. Apa aku buat demi Adam, tiada lain. Sampai sekarang masih terasa best bila Adam sendiri sudah pandai tarik baju mama, cari oksigen nya heheheh. Kalau dia tengah merayap rayap mengaudit, cakap jak "Adam jom nenennnn". Terus ikut di belakang mama sambil berkunyayang masuk bilik. hahahaha.. Sekarang habit baru, sambil nenen sambil bising macam menyanyi. Adeh anakku. Macam macam.

Terima kasih pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, terima kasih Hospital Papar terima kasih Klinik kesihatan Kinarut. 

mama's ootd :: syria from qaira hijab. top&bottom from mng
adam's ootd :: tshirt from quiksilver, braces from h&m, jeans from mothercare,
shoes from nike
being interview la sangatt
hahahah




Read more...

Friday, October 4, 2013

TLTS Is Back Real Soon

As salam,

Aku dan Ijam akan turun mengambil stocks besok, maksudnya TLTS akan beroperasi semula. Aku nda berani mahu bagitahu real date. Sebab even barang barang sudah ada dalam tangan. Oleh kerana aku masih bekerja. Aku try upload slow slow. Mana lagi mahu handle anak yang sentiasa mahu berkepit. Please pleaseeeee support local business!! kihkihkihkih

InsyaAllah kalau cukup masa, kami akan bawakan pelbagai barang like barang barang baby, tudung syria, bags, kain pasang, breastfeeding stuff, baby handmade stuff. InsyaALLAH. Percaya kepada rezekiNya. Yakin pada minat yang ada kan kan kan. TLTS berhenti beroperasi hampir setahun lebih. hehehe. 

Mulai besok, sempena menunggu hari hari untuk re-opening, aku akan buat quizzes untuk kalian kalian teka or jawap. Pelbagai hadiah untuk dimenangi. Jangan lupa panggil semua satu kampung like https://www.facebook.com/Ted.Loves.2.Shop . Paling penting search kami di intsagram tedloves2shop . 

Sempena dengan itu juga, setiap item dari pembelian anda anda kelak, RM1 kami akan derma ke Rumah Anak Yatim As-Sakinah Papar. Actually rumah anak yatim ne di belakang rumah ja. Memang sangat dekat di hati kami. https://www.facebook.com/groups/270434149674384/ Walaupun RM1 mungkin kita telah mengubah kehidupan anak-anak ini. Aku pernh dengar satu ceramah, kalau kita nda pernah memberi dengan nilai yang kecil, kita tidak akan memberi dengan nilai yang besar. Boleh membeli sambil membantu. Kalau mahu bagi sumbangan lebih kami boleh bagi direct contact person. Ohya, kami akan agih sumbangan anda setiap hujung bulan, disertakan resit. Nanti kami simpan dan update sebagai bukti. 

Last but not least. Nantikan barang barangan kami. Beli jangan nda beli. lai lai lai lai lai laiiiiiiiii

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...